Cetak
Status Mohon: Mohon
Jumlah paparan: 2304

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa PPKT ada menawarkan dan menyokong beberapa jenis perkhidmatan telesidang video secara "software based". Salah satunya ialah  sistem Webex Meeting. Sistem ini membolehkan kita berkomunikasi dan berkolaborasi di hujung jari walau di mana kita berada selagi ada sambungan Internet.

Webex Meeting boleh digunakan bersama kemudahan mesyuarat secara telesidang (boardroom system), pengajaran & pembelajaran secara online dan boleh dilaksanakan secara langsung atau direkodkan.

Setakat ini, akaun webex bagi semua staf akademik dan Pegawai Tadbir N41-N54 sudah dijana. Jika ada di kalangan staf yang berminat untuk mendapatkan akaun webex, sila  emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tujuan penjanaan akaun.

https://usm-cmr.webex.com

https://staffusm.sharepoint.com/sites/webexusm.

  1. Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan disaran membuat rujukan di portal tersebut terlebih dahulu jika ada sebarang masalah berkaitan penggunaan sistem ini. Jika masih perlukan bantuan, boleh salurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Nota :

  1. Sila ambil perhatian, untuk menjadi peserta atau ahli jemputan mesyuarat atau pelajar , akaun webex tidak diperlukan
  2. Komunikasi boleh dibuat dengan sesiapa sahaja di luar USM selagi ada sambungan internet.

 

 

 

 

Sekian, Terima Kasih

 

Siti Sarah Md Yatim

Ketua Unit Telekomunikasi

Bahagian Infostruktur

Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi

https://usm-cmr.webex.com/meet/sarah

 

b/p: Fa’izah Md Zain

Pengarah

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

Universiti Sains Malaysia