Lanjutan dari emel bertarikh 23/7/2024 11:11 AM, berikut dimaklumkan status terkini dan usaha pengurangan storan USM. Pembersihan storan bagi penggunaan Outlook dan OneDrive masih giat dijalankan
bagi membolehkan perkhidmatan emel Outlook dan OneDrive dapat digunakan seperti biasa pada 1 Ogos 2024.
Status semasa (27 Julai 2024 10:28am) penggunaan storan bagi tenant usm.my adalah seperti berikut: 420.6 TB melebihi 372 TB yang dibekalkan (penggunaan melebihi 48.6 TB). Semua staf adalah dikehendaki membersihkan akaun masing-masing supaya storan keseluruhan organisasi USM adalah kurang daripada 350 TB SEBELUM 1 OGOS 2024.

Link pautan: M365 Storage Guide - PPKT USM
Link 1: https://shorturl.at/NmBwB - Outlook PST File (Berdurasi 1 min 6 saat)
Video tutorial berkaitan mengarkibkan email lama ke dalam bentuk pst. Fail pst akan disimpan ke dalam local computer. Kemudian attach semula pst file ke aplikasi Outlook untuk kegunaan seperti biasa.
Link 2: https://shorturl.at/wjuZ0 - Outlook Add Other Account (Berdurasi 1 min 32 saat)
Video tutorial berkaitan menambah akaun personal dan drag email-email bersaiz besar ke akaun personal .
Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Servisdesk PPKT di talian 04-6534400.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan tuan/puan seterusnya.
Terima kasih.
b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia