Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
AMALAN “SKRIN BERSIH, MEJA BERSIH” (CLEAR SCREEN, CLEAR DESK) DI USM
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu poster amalan “Skrin Bersih, Meja Bersih” turut disertakan bersama untuk perhatian dan rujukan semua warga USM.
Hebahan ini bertujuan sebagai peringatan kepada semua warga USM agar sentiasa peka terhadap persekitaran ruang kerja, bagi mengelakkan sebarang risiko kebocoran data dan maklumat sensitif atau sulit, sama ada secara tidak sengaja atau melalui akses pihak yang tidak dibenarkan.
Amalan “Skrin Bersih, Meja Bersih” merupakan langkah penting dalam menjaga keselamatan maklumat serta melindungi integriti data organisasi.
Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.