By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm
https://sd.usm.my/default.asp?ptj=enovate
HEBAHAN MAKLUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN MICROSOFT 365 (M365)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,


Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Microsoft 365 (M365) sedang mengalami gangguan teknikal yang berpotensi menjejaskan capaian dan penggunaan beberapa aplikasi serta perkhidmatan M365.
Antara perkhidmatan yang berkemungkinan terjejas adalah seperti berikut:
1.    Microsoft Outlook (e-mel).
2.    Microsoft Teams
3.    Microsoft SharePoint
4.    Microsoft OneDrive
5.    Microsoft Copilot
6.    Perkhidmatan lain yang berkaitan dengan platform M365.


Gangguan ini dilaporkan berpunca daripada isu teknikal pada infrastruktur pelayan Microsoft dan bukan disebabkan oleh serangan siber berdasarkan maklumat semasa.


Sehubungan itu, semua staf dimohon untuk:
1.    Bersabar dan mengelakkan percubaan log masuk secara berulang sekiranya mengalami masalah capaian.
2.    Menyimpan salinan dokumen atau tugasan penting secara setempat bagi mengelakkan kehilangan data atau gangguan kerja.
3.    Menggunakan saluran komunikasi alternatif yang bersesuaian sekiranya perkhidmatan e-mel tidak dapat dicapai.
4.    Tidak membuat sebarang perubahan konfigurasi akaun atau peranti semata-mata untuk mengatasi gangguan ini tanpa mendapatkan nasihat pihak PTD.


Pihak PTD sedang memantau perkembangan gangguan ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat terkini, pengguna boleh melayari laman web Microsoft di Microsoft service health status

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan kerjasama serta kesabaran semua staf amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL
USM