Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, prestasi rangkaian Internet di Universiti Sains Malaysia (USM) didapati kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.
Hasil pemantauan mendapati keadaan ini berpunca daripada kesesakan rangkaian di peringkat MYREN yang berada di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Isu ini bukan sahaja memberi kesan kepada USM, malah turut melibatkan semua universiti awam lain, politeknik serta kolej komuniti di bawah seliaan BPM, KPT.
Di peringkat USM, pihak pengurusan teknikal Pusat Transformasi Digital (PTD) telah dan sedang mengambil langkah-langkah bagi meminimumkan kesan gangguan ini dengan memastikan operasi pelayan-pelayan dan perkhidmatan kritikal dalam persekitaran USM terus berjalan melalui talian sandaran TM.
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih rangkaian di peringkat MYREN dijangka akan selesai pada akhir Januari. Pihak PTD akan terus memantau situasi ini dan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa. Bersama-sama hebahan ini, dilampirkan hebahan dan makluman rasmi dari pihak KPT berkaitan isu rangkaian Internet MYREN.
Kerjasama dan keprihatinan seluruh warga USM amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pusat Transformasi Digital
Universiti Sains Malaysia