HEBAHAN WEBEX MEETING: Telesidang melalui web
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Y. Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa PPKT ada menawarkan dan menyokong beberapa jenis perkhidmatan telesidang video secara "software based". Salah satunya ialah sistem Webex Meeting. Sistem ini membolehkan kita berkomunikasi dan berkolaborasi di hujung jari walau di mana kita berada selagi ada sambungan Internet.
Webex Meeting boleh digunakan bersama kemudahan mesyuarat secara telesidang (boardroom system), pengajaran & pembelajaran secara online dan boleh dilaksanakan secara langsung atau direkodkan.
Setakat ini, akaun webex bagi semua staf akademik dan Pegawai Tadbir N41-N54 sudah dijana. Jika ada di kalangan staf yang berminat untuk mendapatkan akaun webex, sila emel kepada
- Satu emel jemputan daripada Cisco akan dihantar melalui emel. Sila semak inbox atau clutter. Mohon klik pada pautan di dalam emel tersebut untuk pengaktifan. Seterusnya sila log in menggunakan emel USM di
- Untuk memudahkan Y. Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan menggunakan sistem ini, manual dan bahan rujukan boleh dicapai dan dimuat turun dari portal berikut:
https://staffusm.sharepoint.com/sites/webexusm.
- Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan disaran membuat rujukan di portal tersebut terlebih dahulu jika ada sebarang masalah berkaitan penggunaan sistem ini. Jika masih perlukan bantuan, boleh salurkan kepada
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Nota :
- Sila ambil perhatian, untuk menjadi peserta atau ahli jemputan mesyuarat atau pelajar , akaun webex tidak diperlukan
- Komunikasi boleh dibuat dengan sesiapa sahaja di luar USM selagi ada sambungan internet.
Sekian, Terima Kasih
Siti Sarah Md Yatim
Ketua Unit Telekomunikasi
Bahagian Infostruktur
Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi
https://usm-cmr.webex.com/meet/sarah
b/p: Fa’izah Md Zain
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia
- Hits: 5986