By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato'/ Y. Brs. Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Telekomunikasi PPKT telah menawarkan dan menyokong beberapa jenis perkhidmatan telesidang video secara "software based". Salah satunya ialah  sistem Webex Meeting yang membolehkan kita untuk berkolaborasi di hujung jari di mana-mana sahaja.

Webex Meeting boleh digunakan untuk kemudahan mesyuarat secara telesidang, pengajaran & pembelajaran secara online dan boleh dilaksanakan secara langsung atau direkodkan.

Sehubungan dengan itu, tuan puan yang berminat untuk mendapatkan akaun Webex Meeting  bagi penggunaan telesidang atau P&P, bolehlah menghubungi Unit Telekomunikasi di  sambungan 4272, 4234 dan 4266 atau melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

Sekian, terima kasih.

Siti Sarah Md Yatim

Ketua Unit Telekomunikasi

Pusat Pengetahuan Komunikasi Dan Teknologi

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

DL : +6046534272

b/p: Zulham Hamdan

Pengarah

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi

Universiti Sains Malaysia

  • Hits: 5288