By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Hebahan Pentadbir Emel adalah saluran universiti menyampaikan informasi kepada warga kampus. PPKT menerima beberapa aduan berkaitan kandungan hebahan yang dianggap spam dan dikhuatiri akan terlepas hebahan penting daripada Pentadbir Emel USM dan Pentadbir Emel Jabatan.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) ingin menjemput semua staf USM untuk memberi maklum balas ke atas tinjauan kandungan Hebahan Pentadbir Emel di Universiti Sains Malaysia (USM) bermula 4 April 2023 sehingga 14 April 2023 5:00pm.


Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumbalas dan cadangan daripada warga kampus berkaitan kerelevanan kandungan Hebahan Pentadbir Emel dan impak kepada universiti. Responden kajian ini berfokus kepada Staf USM yang menerima Hebahan di dalam akaun emel USM. Maklum balas tuan/puan akan menjadi rujukan utama kami untuk menambah baik garis panduan hebahan universiti. Sumbangan dan penyertaan anda juga amatlah kami hargai. 

Sila klik pautan di bawah: https://forms.office.com/r/Hj9HAycizh

Terima kasih.

Sekian, terima kasih.

b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia

Zaiyana Mohamed Hussain
Seksyen Perkhidmatan Awan
Bahagian Pengurusan Digital
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia

 

  • Hits: 852