M365 Hari Pembersihan Storan (Storage Clearing Days) - 10 & 11 Julai 2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Susulan dari emel bertarikh 24 Jun 2024 berkaitan Pengurangan Storan Microsoft 365 di Universiti Sains Malaysia, PPKT akan mengadakan hari bersama warga staf USM sebagai inisiatif membersihkan storan akaun Onedrive dan e-mel masing-masing. Status semasa (5 Julai 2024 4:06pm) penggunaan storan bagi tenant usm.my adalah seperti berikut : 442 TB melebihi 370 TB yang dibekalkan(penggunaan melebihi 72TB). Semua staf adalah dikehendaki membersihkan akaun masing-masing supaya storan keseluruhan organisasi Universiti Sains Malaysia adalah kurang daripada 350TB.
Sehubungan itu, semua warga Kampus Induk yang menghadapi kesukaran untuk melakukan pembersihan adalah dijemput hadir samada
- Secara online.
- Tarikh : 10 Julai 2024 (Rabu 10:00am)
Masa : 11 Julai 2024 (Khamis 10:00am)
Tempat : Webex secara online
Link : https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/j.php?MTID=m28112aba5c1fcf02f38357cbb9c79781
Kata laluan : microsoft2024
- Secara fizikal (PPKT Kampus Induk – Bangunan Eureka) Slot adalah terhad
Imbas QR atau klik pautan https://forms.office.com/r/Xn0afeAuHt untuk pendaftaran.
Setiap sesi fizikal dianggarkan berdurasi 30-45 minit bagi panduan membersihkan storan Onedrive dan Outlook e-mel. Sesi yang akan diadakan adalah mengikut manual yang dilampirkan di bawah. Bagi staf yang ingin hadir secara fizikal, anda perlu membawa komputer riba sendiri semasa sesi berlangsung.
Diharap dengan inisiatif ini, kapasiti storan USM dapat dikurangkan menjadi 350TB keseluruhan organisasi.
- Hits: 397