By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Pelaksanaan Kuota Emel 1GB & OneDrive 1GB akaun M365 Pelajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semua Pelajar dan Staf Universiti,

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan terhadap kuota storan Emel dan OneDrive untuk semua akaun M365 pelajar. Berkuat kuasa pada 13 November 2024, kapasiti storan bagi setiap akaun pelajar akan dihadkan kepada 1GB untuk OneDrive dan 1GB untuk e-mel. Perubahan ini bertujuan untuk menguruskan sumber dengan lebih baik di bawah 100 TB dan memastikan akses serta prestasi yang optimum untuk semua pengguna.

Maklumat Penting:

  • Kuota OneDrive Baharu: 1GB bagi setiap akaun pelajar.
  • Kuota E-mel Baharu: 1GB bagi setiap akaun pelajar.
  • Tarikh Berkuat Kuasa: 13 November 2024
  • Tindakan Diperlukan: Pelajar disarankan untuk menyemak fail dan e-mel masing-masing dan memastikan dokumen atau mesej penting dikekalkan, manakala fail atau mesej yang tidak diperlukan atau bersaiz besar dialihkan atau dipadamkan.
  • Akaun pelajar yang melebihi kuota emel tidak boleh menerima emel atau menghantar emel dari akaun pelajar.

Saranan untuk Pelajar:

  • Alihkan fail-fail penting ke storan alternatif, seperti ‘external hard disk’ atau akaun awan peribadi.
  • Semak dan padam fail serta emel yang tidak penting yang mungkin mengambil ruang yang banyak.
  • PPKT tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data yang berlaku akibat daripada penghapusan data tersebut. Pengguna disarankan untuk menyimpan salinan maklumat penting ke storan alternatif sebelum data dihapuskan. PPKT tidak bertanggungjawab ke atas kandungan yang dihapuskan dari akaun M365 pengguna.
    --------------------------------------------------------------
     

    Notification of 1GB Email & OneDrive Quota Change for M365 Student Accounts

    Please be informed of a change to the storage quota for Email and OneDrive for all M365 student accounts. Effective November 13, 2024, the storage capacity for each student account will be limited to 1GB for OneDrive and 1GB for email. This change aims to manage resources more effectively under the 100TB limit and to ensure optimal access and performance for all users.

    Important Information:

    • New OneDrive Quota: 1GB per student account.
    • New Email Quota: 1GB per student account.
    • Effective Date: November 13, 2024.
    • Required Action: Students are advised to review their files and emails, ensuring that important documents or messages are retained, while unnecessary or large files and messages are moved or deleted.
    • Note: Student accounts that exceed the email quota will be unable to send or receive emails from their student account.

    Recommendations for Students:

    • Move essential files to alternative storage, such as an external hard drive or personal cloud account.
    • Review and delete non-essential files and emails that may consume significant space.
    • PPKT is not responsible for any data loss resulting from these deletions. Users are advised to save copies of important information to alternative storage before data deletion. PPKT holds no responsibility for content deleted from users’ M365 accounts.

    Thank you for your cooperation in helping us optimize the university’s digital resources. If you have any questions or need assistance with your OneDrive account, please contact your campus Service Desk.

Contoh akaun pelajar yg melebihi kuota emel dan Onedrive.
Error Email

Sekiranya click “Fix this in storage settings” di bahagian bawah kiri (line merah), outlook akan buka terus storage menu akaun pelajar.

Error OneDrive

Error sekiranya melebihi kuota dan boleh click Free up Space untuk melihat senarai document bersaiz besar. “Largest Files in your OneDrive”

 


Terima kasih atas kerjasama anda dalam membantu kami mengoptimumkan sumber digital universiti. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan mengenai akaun OneDrive anda, sila hubungi Servisdesk kampus masing-masing

Sekian, terima kasih. 

  • Hits: 1999