By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Akaun identiti USM dibekalkan kepada semua kakitangan USM untuk urusan rasmi. Akaun identiti USM digunakan untuk mengakses Perkhidmatan ICT USM contohnya CampusOnline, eLearning, Office365 , Wifi dan lain-lain lagi.

Aktiviti godaman berlaku apabila penggodam berjaya mendapatkan katalaluan/capaian kepada akaun identiti USM samada melalui pendaftaran laman web luar atau aktiviti phishing dan pelbagai kaedah lain. Pengguna yang mendedahkan maklumat akaun kepada pihak luar juga boleh menyebabkan akaun emel mereka digodam.

Kesan godaman akaun identiti akan menyebabkan kebanyakan emel dari Universiti Sains Malaysia tidak diterima oleh pelbagai pihak termasuk Google, Yahoo, AOL dan beberapa organisasi yang lain. Emel USM juga akan disenaraihitamkan pada peringkat antarabangsa oleh SORBS-SPAM. Ini menyebabkan emel-emel dari pengguna lain dilengahkan (delayed) atau luput tanpa dapat dihantar kepada penerima.

Justeru, PPKT mengambil tindakan segera membekukan akaun identiti yang digodam secepat mungkin bagi mengelakkan penghantaran emel spam secara pukal berleluasa dalam masa yang singkat. Bagi kes-kes akaun identiti USM digodam, PPKT telah menyediakan Panduan Semua Staf untuk Kes Akaun Digodam.

Tuan/Puan boleh merujuk kepada panduan ini untuk pengaktifan semula identiti anda.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Seksyen Keselamatan Siber di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..


Sekian, terima kasih.

b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia

Zaiyana Mohamed Hussain
Seksyen Perkhidmatan Awan
Bahagian Pengurusan Digital
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia
04-6535856

 

  • Hits: 1494