By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Pembersihan Emel Lama (Housekeeping) Microsoft 365

Pembersihan Emel Lama (Housekeeping) Microsoft 365.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada hebahan terdahulu berkaitan Penetapan Kuota Storan Emel dan OneDrive Microsoft 365 Pelajar USM bertarikh 7 November 2024, Pusat Transformasi Digital, (PTD) ingin memberi peringatan mesra kepada semua pelajar untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan (housekeeping) ke atas kandungan lama, terutamanya emel.

Langkah pembersihan ini amat penting bagi memastikan kelancaran perkhidmatan emel anda dan mengelakkan sebarang gangguan.

Oleh itu, pihak kami memohon kerjasama anda untuk mengambil tindakan berikut:
1. Padam emel lama dan tidak penting: Semak semula peti masuk (inbox) anda dan padamkan emel-emel lama, terutamanya yang mempunyai fail lampiran (attachment) bersaiz besar yang tidak lagi diperlukan.

2. Kosongkan folder sampah: Pastikan anda mengosongkan folder Deleted Items dan Junk Email bagi membebaskan ruang storan.

3. Buat salinan pendua (back-up): Sekiranya terdapat dokumen atau emel penting, sila muat turun dan simpan di dalam storan peribadi anda (seperti pemacu keras luaran/ external hard drive atau storan awan peribadi).

Untuk rujukan dan panduan lanjut, anda boleh melayari pautan berikut:
• Panduan Pembersihan Storan Outlook: https://www.youtube.com/watch?v=iNzRR7AU_3Q

Kerjasama dan keprihatinan anda amatlah dihargai demi memastikan kelancaran ekosistem perkhidmatan IT di universiti.

Sekian, terima kasih.

Seksyen Perkhidmatan Awan
Bahagian Tadbir Urusa Digital
Pusat Transformasi Digital
Universiti Sains Malaysia

WhatsApp Image 2026 05 18 at 15.00.34            WhatsApp Image 2026 05 18 at 15.24.31            

  • Hits: 676