
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) akan melancarkan penggunaan Google Workspace for Education (GWFE) kepada pelajar aktif USM bermula 21 April 2025. USM akan menambah perkhidmatan Google Workspace for Education di samping mengekalkan perkhidmatan Microsoft 365 .

Setiap pelajar USM akan diberikan storan sebanyak 13 GB untuk mengakses pelbagai perkhidmatan digital seperti Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Meet dan sebagainya bagi tujuan pembelajaran dan kolaborasi dalam persekitaran universiti. Graduan dan alumni tidak menikmati perkhidmatan ini.
Semua pengguna yang bakal berijazah disarankan menyalin dan menyimpan dokumen /email ke akaun alternatif bagi perkhidmatan GWFE.
Login adalah menggunakan akaun Single Sign On (SSO) USM. Setiap Warga USM akan diberikan ID akaun Google untuk mengaktifkan akaun. Berikut adalah contoh ID akaun Google :
Langkah-langkah untuk mengakses akaun Google USM :
Sila layari laman web Pusat Pengetahuan , Komunikasi & Teknologi , Bahagian Pengurusan Digital (Seksyen Perkhidmatan Awan) untuk panduan bergambar. Anda boleh imbas kod QR atau klik pautan di bawah untuk akses terus ke laman web tersebut.

Laman Web PPKT Seksyen Perkhidmatan Awan

Sekiranya anda mengalami sebarang aduan atau masalah, anda boleh merujuk kepada Servisdesk PPKT Kampus masing-masing :
Sekian, untuk perhatian dan tindakan semua seterusnya.