Pengguna Microsoft Outlook 2016 : Microsoft Outlook 2016 'Disconnected' / Outlook requires updates before it can start
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
PPKT telah menerima aduan berkaitan Microsoft Outlook 2016 'Disconnected'. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah ini, sila install updates dengan download update dari link di bawah. https://www.microsoft.com/en-us/download/details.aspx?id=56856
Microsoft Outlook 2016 akan menukar status kepada Connected to Microsoft Exchange.
Setakat ini pengguna Outlook 365 tidak terkesan dengan update ini.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi servisdesk PPKT di 04-6534400.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan tuan/puan seterusnya.
Terima kasih.
b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia
Zaiyana Mohamed Hussain
Seksyen Perkhidmatan Awan
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia
- Hits: 2335