Penggunaan Microsoft 365 Copilot Chat / Microsoft 365 Copilot Chat Usage
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman semua staf dan pelajar USM,
Microsoft kini menyediakan Microsoft 365 Copilot Chat, iaitu pembantu pintar berasaskan AI yang membolehkan pengguna berinteraksi dalam bentuk perbualan untuk mendapatkan jawapan, menjana kandungan, menganalisis data, serta membantu tugasan harian dengan lebih efisien.
Microsoft 365 Copilot Chat boleh diakses melalui aplikasi Microsoft seperti Teams, Word, Excel, serta melalui laman web Microsoft apabila pengguna log masuk ke akaun masing-masing. Ia juga menyokong penggunaan dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Selain itu, Microsoft 365 Copilot Chat memberikan kemudahan kepada pendidik dan pelajar untuk berinteraksi dengan AI dalam satu platform yang menawarkan tiga keupayaan utama:
- Sembang AI percuma dan selamat – Dikuasakan oleh model bahasa besar terkini seperti GPT-4, membolehkan semua pengguna bermula dengan asas yang sama dalam AI.
- Agen AI dengan pengalaman sembang intuitif – Memudahkan pengguna mengubah dan mengoptimumkan proses kerja di seluruh organisasi.
- Kawalan IT yang mantap – Memastikan keselamatan, privasi, pematuhan, dan pengurusan data bertaraf perusahaan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk video berikut:
1. https://www.youtube.com/watch?v=rc-fc7pT9nw
2. https://www.youtube.com/watch?v=jFy0aR5bgZw
Ketahui lebih lanjut tentang pengumuman Microsoft 365 Copilot Chat di Copilot for all: Introducing Microsoft 365 Copilot Chat | Microsoft 365 Blog
Sekian, terima kasih.
---------------------------------------------------------------
Assalamualaikum and Greetings,
To all USM staff and students,
Microsoft now offers Microsoft 365 Copilot Chat, an AI-powered intelligent assistant that allows users to interact conversationally to get answers, generate content, analyze data, and assist with daily tasks more efficiently.
Microsoft 365 Copilot Chat can be accessed through Microsoft applications such as Teams, Word, Excel, and via the Microsoft website when users log in to their accounts. It also supports usage in both Malay and English.
Additionally, Microsoft 365 Copilot Chat provides educators and students with a platform to interact with AI, offering three main capabilities:
- Free and secure AI chat – Powered by the latest large language models like GPT-4, enabling all users to start with the same foundational AI layer.
- AI agents with an intuitive chat experience – Simplifying the transformation and optimization of workflows across the organization.
- Robust IT controls – Ensuring enterprise-grade security, privacy, compliance, and data management.
For more information, please refer to the following videos:
Learn more about the Microsoft 365 Copilot Chat announcement on the blog Copilot for all: Introducing Microsoft 365 Copilot Chat | Microsoft 365 Blog
Thank you.
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia
- Hits: 556