By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Pengurangan Storan Microsoft 365 di Universiti Sains Malaysia - Staf

Had Storan Baharu bagi Microsoft 365 for Education

Kepada warga Universiti Sains Malaysia, 

Penggunaan aplikasi Microsoft, seperti OneDrive dan Emel adalah tertakluk kepada terma - terma perlesenan antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Microsoft.

Mulai 1 Ogos 2024, Microsoft akan menguatkuasakan pengurangan storan Microsoft 365 for Education merentasi OneDrive, SharePoint, Teams dan Exchange emel di universiti ini. Dengan itu, semua staf akan mempunyai had bagi jumlah storan yang boleh digunakan untuk menyimpan fail dan maklumat anda. Peruntukan untuk simpanan terkumpul untuk USM hanya sebanyak 370TB berbanding jumlah identiti akaun seramai 18,299 akaun aktif termasuk emel jabatan dan luar pesisir.  Oleh kerana had storan terkumpul yang terhad, setiap pengguna hanya akan menerima had penyimpanan sebanyak 10 GB bagi Emel dan 10 GB bagi OneDrive.

Untuk memastikan perkhidmatan akaun Microsoft tidak terganggu, sila salin dokumen dan fail anda ke peranti alternatif/lokasi awan luaran yang lain sebelum 1 Ogos 2024. Pengguna hendaklah membuat 'housekeeping' bahan peribadi terutamanya video atau imej bersaiz besar. Sila buat salinan fail/dokumen anda ke storan alternatif, dan hapuskan fail/dokumen yang disalin daripada OneDrive untuk memastikan kuota OneDrive anda berada pada tahap yang dibenarkan.

Setiap pengguna USM diwajibkan untuk :

1.Menyemak dan menghapus fail bersaiz besar di OneDrive. Sila ke halaman ini

2. Menyemak dan menghapus benda-benda lain di Outlook. Sila ke halaman ini

Selepas 1 Ogos 2024, anda perlu memastikan  anda kekal di bawah had storan anda. Sekiranya OneDrive anda melebihi had storan, anda akan menerima amaran dan hanya boleh read-only access di OneDrive. Sekiranya hal ini berlaku, anda tidak dapat memuatnaik sebarang fail baru ke dalam OneDrive anda. Sekiranya Outlook anda melebihi had storan, ini akan menjejaskan bukan sahaja akaun anda tetapi keseluruhan perkhidmatan Microsoft USM. USM tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan emel.

Jika anda ingin membeli storan PERIBADI tambahansila rujuk Microsoft Workplace Discount Programme untuk menyemak kelayakan anda.

https://www.microsoft.com/en-my/workplace-discount-program

Pihak PPKT juga bekerjasama rapat bersama KPT dan Microsoft untuk mendapatkan kaedah dan penyelesaian terbaik kearah mengurangkan impak kepada pengguna disebabkan oleh perubahan dasar Microsoft.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Servisdesk PPKT kampus masing-masing.Panduan pengurangan storan Staff

  • Hits: 956