Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada awal pagi ini, hampir kesemua staf USM ada menerima emel bertajuk "KECEMASAN" yang meminta Dato' Seri / Dato' / Professor / Professor Madya / Dr / Tuan / Puan untuk mengemaskini akaun masing-masing. Mohon untuk tidak klik pada URL yang diberikan di dalam emel tersebut.
Kesemua emel pancingan tersebut telah pun ditarik keluar dari "Inbox" kesemua staf pada pagi ini. Kepada staf yang sudah klik pada URL tersebut, mohon untuk menukar kata laluan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Ruzaimi Azizan
Ketua Seksyen Pusat Data & Seksyen Keselamatan Siber
Pusat Transformasi Digital, USM