By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Risiko Keselamatan Siber : Penggunaan Aplikasi Sidang Video

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah berlaku peningkatan mendadak penggunaan aplikasi sidang video di kalangan warga USM bagi pelbagai tujuan terutamanya untuk berkomunikasi, perbincangan, mesyuarat, pembelajaran dan pengajaran.  

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM memandang serius penggunaan pelbagai aplikasi sidang video berkenaan yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan siber dan menjurus kepada pelbagai implikasi negatif kepada USM.  Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memilih aplikasi sidang video yang selamat digunakan.  Di antara penggunaan sidang video yang menjadi perhatian adalah aplikasi Zoom yang banyak dibangkitkan mengenai isu keselamatan siber seperti isu “zoom-bombing”, sidang video tidak dienkripsi dari hujung ke-hujung, sesi video yang didedah kepada umum dan pendedahan maklumat personal seperti alamat emel dan foto.

 
Pihak PPKT tidak menyediakan perkhidmatan sokongan kepada penggunaan Zoom di USM dan warga USM digalakkan untuk mengguna aplikasi sidang video Cisco Webex, Microsoft Teams atau Skype for Business yang telah disediakan oleh PPKT.

PPKT sentiasa memantau tahap keselamatan siber USM. Penggunaan aplikasi yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan siber adalah amat tidak digalakkan dan jika berisiko tinggi akan dihalang dengan serta merta. Ia bertujuan menjamin kebolehgunaan infrastruktur teknologi maklumat, keselamatan data dan privasi pengguna.

Garispanduan keselamatan aplikasi Sidang Video dalam talian telah dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan boleh dirujuk di laman sesawang Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCert)  seperti berikut :

https://www.mycert.org.my/portal/advisory?id=MA-782.042020

Dilampirkan poster garispanduan berkenaan sebagai rujukan bersama.

 

 

Khairil Anwar Jusoh
Unit Keselamatan ICT,
Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi,
Universiti Sains Malaysia.

 

b/p: Fa’izah Md Zain
Pengarah,
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi,
Universiti Sains Malaysia

  • Hits: 3550