By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Sokongan Penjanaan MAC Address Secara Rawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) mendapati pertambahan penggunaan IP Address melebihi peruntukan bilangan peranti yang menggunakan rangkaian USMSecure (wireless) telah meningkat secara mendadak. PPKT mendapati isu ini disebabkan oleh fungsi penjanaan MAC Address secara rawak yang diperkenalkan pada sistem pengoperasian iOS dan Android 8.0 ke atas.

 

Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kestabilan dan kebolehcapaian perkhidmatan rangkaian tanpa wayar USMNet, PPKT memutuskan untuk TIDAK menyokong fungsi penjanaan MAC Address secara rawak di dalam rangkaian. Warga USM perlu membuat tetapan penutupan fungsi penjanaan MAC Address pada peranti masing-masing sebelum 15/12/2022 bagi mengelakkan gangguan kepada perkhidmatan rangkaian. Berikut adalah pautan kepada panduan untuk penutupan fungsi ini:

 

-              Android - https://youtu.be/5EbXr60VGf4

-              iOS - https://youtu.be/r4SG4vj8QBUU

 

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Kaunter Servisdesk PPKT di 04-6534400.

Sekian, terima kasih.

 

-----------

 

PPKT has noticed a sharp increase of IP Addresses usage, exceeding the allocation of maximum number of devices connected to USMSecure network. This issue arises due to the Random MAC Address feature introduced in the iOS and Android 8.0 (and above)  operating systems.

 

To improve the stability and accessibility of the USMNet wireless network service, PPKT will no longer support the Random MAC Address feature. USM users are required to TURN OFF the Random MAC Address feature in the device before 15/12/2022. Below are links to turn off the feature:

 

-              Android - https://youtu.be/5EbXr60VGf4

-              iOS - https://youtu.be/r4SG4vj8QBU

 

For further information, kindly reach us at PPKT Servisdesk at 04-6534400 .

Thank you. 

 

Nurulfaizal bin M Shukeri

Unit Infastruktur Rangkaian

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi

Universiti Sains Malaysia

 

b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff

Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia

 

  • Hits: 1908