Status Storan Microsoft 365 USM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Susulan dari emel bertarikh 5 Julai 2024 4:59pm berkaitan M365 Hari Pembersihan Storan (Storage Clearing Days), berikut dimaklumkan status terkini dan usaha pengurangan storan USM. Pembersihan storan bagi penggunaan Outlook dan OneDrive masih giat dijalankan supaya jumlah storan keseluruhan organisasi USM berkurangan kepada 350 TB sebelum 1 Ogos 2024. Hal ini bagi membolehkan perkhidmatan emel Outlook dan OneDrive digunakan seperti biasa pada 1 Ogos 2024.
1. Status semasa (18 Julai 2024 9:16am) penggunaan storan bagi tenant usm.my adalah seperti berikut: 433 TB melebihi 371 TB yang dibekalkan (penggunaan melebihi 62 TB). Semua staf adalah dikehendaki membersihkan akaun masing-masing supaya storan keseluruhan organisasi USM adalah kurang daripada 350 TB SEBELUM 1 OGOS 2024. Dari segi penggunaan keseluruhan storan, storan emel perlu diberi fokus untuk dikurangkan . Saranan PPKT adalah sekurang-kurangnya ke 8GB. Limit storan Outlook ialah 10GB .Mohon kerjasama semua pengguna termasuk owner/pemilik akaun jabatan contohnya
2. Susulan hari ‘M365 Storage Clearing Days’ bersama warga staf USM yang telah dijalankan pada 10 & 11 Julai yang lalu, storan telah berkurang sebanyak 11TB dengan usaha warga staf yang membuat pembersihan storan di emel Outlook dan OneDrive masing-masing. Sesi telah berjalan secara hybrid bersemuka di kampus induk dan online Webex (semua kampus). Bagi mendapatkan panduan pembersihan storan Outlook dan OneDrive secara teknikal, anda boleh merujuk pautan Webex di bawah: https://usm-cmr.webex.com/usm-cmr/ldr.php?RCID=309bf718e83eaebcbda8cf04fed3f2fe
3. Anda juga dijemput bagi menghadiri sesi TechTalk secara atas talian (online) pada 24 Julai 2024, 9.30 pagi (Rabu) berkaitan status semasa krisis storan yang sedang dihadapi oleh Universiti Sains Malaysia. Tuan/puan boleh merujuk emel dari Hebahan Kejuruteraan mengenai TECHTALK@PPKT-ENG 2/2024 yang bertarikh 17 Julai 2024, 12:17pm.
- Hits: 2861