Soal Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan ICT Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) bagi Tahun 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semua Staf Kampus Induk
Universiti Sains Malaysia
Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) sedang menjalankan kajian untuk mendapat maklum balas berkaitan perkhidmatan PPKT bagi tahun 2022.
3. Sehubungan itu, pihak PPKT ingin memohon perhatian dan kerjasama semua staf untuk memberi maklum balas ke atas soal selidik ini sebelum atau pada 23 Disember 2022 melalui pautan berikut:
https://forms.office.com/r/WLsa34QUWk
4. Maklumbalas anda akan membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan PPKT. Segala maklumat adalah dirahsiakan dan hanya digunakan bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan mutu perkhidmatan kami.
Kerjasama dan sokongan YBhg Datuk/ Dato’/ Datin/ Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(AHMAD FADHLUL IRHAM BIN YUSOFF)
Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)
---
DR. FARDZAH SULAIMAN
Timbalan Pengarah PPKT
[Pentadbiran & Pengurusan Korporat]
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon : (604) 653 3754 / 7931
- Hits: 1417