By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Maklumat Terkini Berkaitan Storan M365

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Hebahan ini adalah susulan daripada emel bertarikh 30/7/2024 berkenaan pengurangan kapasiti storan emel individu & PTJ kepada 10GB. Pengurangan kapasiti tersebut akan berjalan secara berfasa.

Semua staf adalah dikehendaki membersihkan akaun emel masing-masing supaya storan keseluruhan organisasi USM adalah kurang daripada 350TB.

Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya sekatan keluar masuk emel.

PPKT telah mengenalpasti terdapat beberapa masalah teknikal apabila kapasiti storan diturunkan kepada 10GB dan apabila setiap akaun melebihi kapasiti, perkhidmatan emel mula terjejas.

Oleh itu, PPKT mengambil pendekatan untuk meningkatkan kapasiti sementara kepada 50GB bagi proses pembersihan dapat dijalankan oleh semua staf. Untuk makluman anda juga, akaun emel yang melebihi kapasiti tidak dapat menerima emel hebahan ini. Mohon panjangkan perkara ini kepada rakan setugas yang terjejas di Jabatan anda.

Makluman akan di maklumkan dari masa ke semasa.

PPKT juga mendapat makluman bahawa terdapat aduan emel atau dokumen di OneDrive yang dipadam muncul kembali. PPKT sedang berkerjasama dengan Microsoft bagi menangani masalah tersebut.

Mohon kerjasama semua staf untuk terus melakukan pembersihan bagi memastikan storan organisasi berada dalam keadaan sihat.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh hubungi Servisdesk PPKT di talian 04-6534400.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan tuan/puan seterusnya.
Terima kasih.

b/p Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusoff

Pengarah
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi
Universiti Sains Malaysia

  • Hits: 2333