By using this website, you agree to the use of cookies as described in our Privacy Policy.
Pulau Pinang, Malaysia
Mon - Fri 08:10am - 17:10pm

Geran Komputer Staf USM 2024 - Garis Panduan & Soalan Lazim

GERAN KOMPUTER
 
Selari dengan perancangan serta strategi yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, inisiatif pemberian geran komputer ini dapat menyokong salah satu fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2024 iaitu Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya. Ini merupakan hala tuju dalam meningkatkan secara optimum keupayaan dan ketangkasan mengejar dan mendakap perubahan (IR4.0, AI dan kecanggihan transformasi digital).
 
Permohonan Inisiatif Pemberian Geran Komputer kepada Staf Universiti Sains Malaysia (USM) ini telah melibatkan beberapa proses iaitu melalui pertimbangan dan sokongan di Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat serta kelulusan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti (JTK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU).
 
Garis Panduan ini dihasilkan bertujuan untuk memaklumkan tatacara pemberian geran komputer kepada Staf USM yang layak dan telah disediakan secara bersama di antara Jabatan/Pusat Tanggungjawab berikut:
  • Pejabat Ketua Pegawai Digital
  • Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi
  • Seksyen Belanjawan, Jabatan Bendahari
  • Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Inisiatif pemberian geran komputer ini mampu menjimatkan kos perolehan komputer sekurang-kurangnya RM15j sepanjang tempoh berkuatkuasa sekaligus memberi peluang kepada penerima geran untuk menambahbaik perkakasan tersebut berdasarkan keperluan. Komputer yang dibeli mestilah berkemampuan untuk menyokong keperluan penyampaian tugas hakiki dan keperluan operasi pentadbiran masing-masing.
 
Pemberian geran komputer ini akan dilaksanakan berdasarkan keutamaan staf yang dikenalpasti dan akan diselesaikan untuk satu pusingan dalam tempoh lima (5) tahun.
 
  • Hits: 1641