Berkaitan M365, Hari Pembersihan Storan (Storage Clearing Days), berikut dimaklumkan status terkini dan ruang storan bagi organisasi Pelajar USM. Pembersihan storan bagi penggunaan Outlook dan OneDrive masih giat dijalankan supaya jumlah storan keseluruhan organisasi Pelajar USM berkurangan kepada 80 TB dan keseluruhan limit adalah 100 TB sebelum 1 Ogos 2024. Hal ini bagi membolehkan perkhidmatan emel Outlook dan OneDrive digunakan seperti biasa pada 1 Ogos 2024.

2. Sehubungan dengan itu, semua warga Pelajar USM di kesemua kampus di minta untuk melakukan pembersihan emel, dan anda boleh merujuk kepada lampiran video di bawah sebagai rujukan.
Terdapat 2 pilihan untuk backup emel bagi mengurangkan storan emel.
Link 1: https://shorturl.at/NmBwB - Outlook PST File (Berdurasi 1 min 6 saat)
Video tutorial berkaitan mengarkibkan email lama ke dalam bentuk pst. Fail pst akan disimpan ke dalam local computer. Kemudian attach semula pst file ke aplikasi Outlook untuk kegunaan seperti biasa.
Link 2: https://shorturl.at/wjuZ0 - Outlook Add Other Account (Berdurasi 1 min 32 saat)
Video tutorial berkaitan menambah akaun personal dan drag email-email bersaiz besar ke akaun personal .
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Servisdesk PPKT di talian 04-6534400.
Sekian, untuk perhatian dan tindakan anda seterusnya.
Terima kasih.