Akaun Identiti USM

Saya tidak dapat login dengan menggunakan username dan password yang asal dan saya yakin telah memasukkan kata laluan yang betul. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah : 1. Pilih ‘Clear History & Cache’ dan ‘Cookies & Site Data’ pada web…

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :

 

1. Pilih ‘Clear History & Cache’ dan ‘Cookies & Site Data’ pada web browser anda mengikut jenis web browser yang anda gunakan samada Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer atau Microsoft Edge.

2. Restart web browser berkenaan dan login semula. Sila pastikan anda menaip ID emel dengan betul dan pastikan tiada spacing selepas @student.usm.my atau @usm.my.

Posted 4 years ago

Bagaimanakah cara untuk saya mencipta/mendapatkan emel baru pelajar/staf?

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah : 1. Sila kenalpasti No Pin yang dilampirkan bersama surat tawaran. A. Staf i.…

Sila ikut langkah-langkah seperti di bawah :

1. Sila kenalpasti No Pin yang dilampirkan bersama surat tawaran.

A. Staf

i. No Pin dibekalkan oleh Bahagian Sumber Manusia/Pusat Pengajian/Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO). Pecahan kategori staf adalah seperti jadual di bawah).

ii. Permohonan emel baru bagi Staf Sandaran masih menggunakan borang (sila rujuk Pusat Pengajian masing-masing).

 B. Pelajar

i. No Pin dibekalkan menerusi laman web mengikut klasifikasi pelajar : · Pelajar Ijazah Pertama : layari https://pohon.usm.my · Pelajar Ijazah Tinggi : layari http://onlineips.usm.my/admission

ii. Permohonan emel baru bagi Pelajar Jangka Pendek dari Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) dan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT) perlu merujuk terus ke pejabat-pejabat berkenaan.

2. Layari https://self.usm.my

3. Pilih Register New ID.

Jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan No Pin, sila hubungi Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti di bawah :

 

 

Status Pusat Pengajian/PTJ/ Bahagian No Telefon
Pelajar Ijazah Pertama Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik 04-6533328
Pelajar Ijazah Tinggi Unit Pengambilan Pelajar, Institut Pengajian Siswazah 04-6532946

Staf Bukan Akademik dan

Staf Akademik di Pusat

Tanggungjawab (selain

Pusat Pengajian)

Bahagian Sumber Manusia 04-6579107

Staf Akademik di Pusat

Pengajian

Pusat Pengajian masing- masing  
Staf Projek Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) 04-6536558 / 04-6536557

 

 

Posted 4 years ago

Bagaimanakah cara untuk menukar kata laluan emel/CampusOnline sedia ada?

Anda boleh menukar kata laluan semasa anda kepada kata laluan yang baru di https://self.usm.my.

Anda boleh menukar kata laluan semasa anda kepada kata laluan yang baru di

https://self.usm.my.

Posted 4 years ago

Saya terlupa kata laluan emel/CampusOnline. Bolehkah saya mendapatkan semula kata laluan itu?

Sila hubungi atau datang ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing pada waktu operasi untuk mendapatkan kata laluan sementara. Anda perlu menukar…

Sila hubungi atau datang ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing pada waktu operasi untuk mendapatkan kata laluan sementara. Anda perlu menukar kata laluan sementara tersebut kepada kata laluan yang baru di https://self.usm.my.

 

Nombor talian telefon/alamat emel ServisDesk mengikut kampus adalah seperti di bawah:

 

Kampus No. Telefon Alamat Emel
Induk 04-6534400 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
IPPT 04-5622111 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kejuruteraan 04-5995333 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kesihatan 09-7671111  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Posted 4 years ago