Sekiranya status pembayaran yuran belum dikemaskini dalam Sistem CampusOnline selepas bayaran dibuat, pelajar diminta untuk merujuk kepada Unit Akaun Pelajar, Jabatan Bendahari bagi tujuan semakan dan pengesahan bayaran.
Maklumat tahun pengajian dalam Sistem CampusOnline ditentukan berdasarkan perincian pelan program pengajian yang telah ditetapkan oleh Pusat Pengajian, dan bukannya bergantung kepada jumlah tahun pelajar berada di USM.
Sekiranya terdapat sebarang ketidaktepatan dalam maklumat tersebut, pelajar disarankan untuk merujuk kepada Pentadbir Pusat Pengajian atau Unit Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik untuk semakan dan tindakan lanjut.
Sekiranya keputusan peperiksaan tidak dipaparkan dalam Sistem CampusOnline, pelajar disarankan untuk menyemak dua perkara berikut:
Akses kepada Sistem CampusOnline bergantung kepada status pelajar dan tempoh aktif Akaun Single Sign-On (SSO) seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut berkaitan status pelajar, sila hubungi:
Untuk maklumat lanjut berkaitan status Akaun SSO, sila hubungi Seksyen Keselamatan Siber, PPKT.