Akaun Email USM
Sekiranya akaun emel anda masih belum aktif selepas pendaftaran, sila hubungi Seksyen Keselamatan Siber melalui emel di
Sekiranya emel anda disekat semasa dihantar, sila hantarkan emel kepada
- Salinan mesej ralat (error message) yang diterima
- Alamat emel penerima yang menyebabkan sekatan
Pihak Seksyen Perkhidmatan Awan akan menjalankan semakan berdasarkan maklumat yang diberikan
Sekiranya anda tidak menerima emel hebahan seperti yang sepatutnya, anda boleh menghantar emel kepada:
Sila sertakan maklumat berikut bagi tujuan semakan dan pengemaskinian:
- Nama penuh
- Nombor Pengenalan dan Nombor Matriks
- Emel rasmi USM
- Jenis pengajian (Ijazah/Sarjana/PhD)
- Kampus pengajian atau penempatan
Mesej ralat tersebut berlaku kerana mailbox anda masih belum dijana sepenuhnya. Untuk makluman, proses penjanaan mailbox dilakukan secara automatik dan akan mengambil masa sehingga 24 jam selepas identiti anda dijana melalui sistem.
Sekiranya mesej ralat yang sama masih diterima selepas tempoh 24 jam, anda boleh:
- Hadir ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing, atau
- Mengemukakan aduan secara atas talian melalui Portal ServisDesk di: https://sd.usm.my
Penukaran kata laluan dilakukan sebagai langkah pencegahan awal susulan pengesanan aktiviti pencerobohan pada akaun anda. Tindakan ini bertujuan mengelakkan penyalahgunaan akaun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tempoh akses kepada akaun emel USM bagi staf yang telah berpencen adalah selama satu (1) tahun bermula dari tarikh persaraan. Selepas tempoh ini, akaun emel tersebut akan dinyahaktif secara automatik.
Akses kepada akaun emel USM akan dibenarkan sehingga satu (1) tahun dari tarikh graduasi. Setelah tempoh ini berakhir, akaun berkenaan akan dinyahaktif secara automatik.
- Staf: Pemilik akaun perlu menyediakan Surat Tunjuk Sebab yang disahkan dan dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Timbalan Pengarah (Bahagian Pengurusan Digital)
- Pelajar: Kata laluan akaun identiti akan ditetapkan semula kepada kata laluan sementara sebagai langkah keselamatan. Sila hadir ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menukar kata laluan tersebut.
Pihak
Kemungkinan kata laluan anda tidak tepat. Sila pastikan anda dapat login ke portal CampusOnline menggunakan emel sarjana muda terlebih dahulu sebelum mencuba login menggunakan emel tersebut. Jika masih gagal, anda disarankan untuk menetapkan semula kata laluan melalui ServisDesk.
Kemungkinan akaun anda telah diceroboh. Sila lakukan tetapan semula kata laluan sekali lagi di Kaunter ServisDesk. Selepas itu, anda dikehendaki menukar kata laluan sementara yang diberikan kepada kata laluan baharu melalui pautan berikut: https://self.usm.my/selfpasswordmanagement/.
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Kosongkan sejarah pelayaran (Clear History), cache, serta kuki (Cookies & Site Data) pada pelayar web anda. Sila rujuk panduan mengikut jenis pelayar seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Microsoft Edge.
- Mulakan semula (restart) pelayar web anda dan cuba log masuk semula.
Pastikan alamat e-mel dimasukkan dengan betul tanpa sebarang ruang kosong, terutamanya selepas domain seperti @student.usm.my atau @usm.my.
Sila ikut langkah-langkah berikut:
- Kenal pasti No Pin yang dilampirkan bersama surat tawaran (sekiranya berkaitan):
- Staf
- No Pin ini dibekalkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Pusat Pengajian, atau Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) mengikut kategori staf. Gunakan No Pin tersebut untuk proses pendaftaran emel baru.
- Sekiranya tiada No Pin, sila rujuk Pusat Pengajian masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan emel baharu dan maklumat lanjut.
- Pelajar
- No Pin untuk pelajar Ijazah Pertama diperoleh melalui https://pohon.usm.my
- No Pin untuk pelajar Ijazah Tinggi diperoleh melalui http://onlineips.usm.my/admission
- Pelajar Jangka Pendek dari Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa (IMCC) serta Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (SOLLAT) perlu menghubungi pejabat berkenaan secara terus.
- Staf
- Layari laman web https://self.usm.my
- Pilih menu Register New ID dan ikuti arahan yang diberikan.
Sekiranya menghadapi masalah berkaitan No Pin, sila hubungi PTJ berikut mengikut status anda:
Status | Pusat Pengajian/PTJ/ Bahagian | No Telefon |
Pelajar Ijazah Pertama | Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik | 04-6533328 |
Pelajar Ijazah Tinggi | Unit Pengambilan Pelajar, Institut Pengajian Siswazah | 04-6532946 |
Staf Bukan Akademik dan Staf Akademik di Pusat Tanggungjawab (selain Pusat Pengajian) |
Bahagian Sumber Manusia | 04-6579107 |
Staf Akademik di Pusat Pengajian | Pusat Pengajian masing- masing | |
Staf Projek | Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) | 04-6536558 / 04-6536557 |
Anda boleh menukar kata laluan emel atau akaun CampusOnline anda melalui laman web rasmi berikut: https://self.usm.my. Sila ikut arahan yang disediakan untuk menetapkan kata laluan baharu.
Untuk mendapatkan semula kata laluan, sila hubungi atau hadir ke Kaunter ServisDesk kampus masing-masing pada waktu operasi bagi mendapatkan kata laluan sementara. Selepas menerima kata laluan sementara tersebut, anda dikehendaki menukarnya kepada kata laluan baharu melalui pautan berikut: https://self.usm.my
Maklumat perhubungan Kaunter ServisDesk bagi setiap kampus adalah seperti berikut:
Kampus | No. Telefon | Alamat Emel |
Induk | 04-6534400 | |
IPPT | 04-5622111 | |
Kejuruteraan | 04-5995333 | |
Kesihatan | 09-7671111 |