Ya, pihak PPKT boleh membekalkan komputer kepada PTJ untuk tujuan gunasama. Seorang wakil yang bertanggungjawab (pegawai) perlu membuat permohonan bagi pihak PTJ. Pegawai tersebut akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjagaan komputer yang dipinjamkan.
Staf baru boleh memohon komputer kerja melalui langkah berikut:
Tempoh untuk mendapatkan komputer bergantung kepada stok yang tersedia.
Permohonan pinjaman komputer bagi tujuan penganjuran aktiviti rasmi di peringkat PTJ hendaklah dibuat melalui sistem Servisdesk di pautan https://sd.usm.my. Pemohon perlu memilih PPKT Kampus Kejuruteraan terlebih dahulu sebelum log masuk menggunakan ID dan kata laluan CampusOnline. Sila lengkapkan borang permohonan yang berkaitan di bawah kategori Pinjaman Peralatan ICT.